Wednesday, August 15, 2007

ADAB-ADAB BERDOA

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.
3. Mengadap ke kiblat
4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilikukan sebelum berdoa.
5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.
8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian, ataupun pekerjaan.
10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca Al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zamzam.

Hari Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Malam Jumaat dan waktu siangnya.
2. Malam Hari Raya dan waktu siangnya.
3. Malam Lailatul Qadar.
4. Malam Israk dan Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.

Bulan-bulan Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Bulan Rejab.
2. Bulan Syaaban.
3. Bulan Ramadhan.
4. Bulan Zulhijjah (Bulan Haji)

Tempat-tempat Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Di rumah sendiri.
2. Di Mutazam, Masjidil Haram.
3. Di telaga zam-zam, Masjidil Haram.
4. Di makam Nabi Ibrahim a.s.
5. Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
6. Di Bukit Safa dan Marwah.
7. Di raudhah Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi.
8. Di tempat-tempat mulia yang lain seperti masjid, surau, dan rumah ibadah.
9. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Ka'abah atau disisinya.
10. Di tempat-tempat wajib haji seperti Mina, Muzdalifah Arafah dan di tiga Jamrah.

Wednesday, July 11, 2007

PERPISAHAN

Sudah lama laman ini tidak saya ziarahi,di kesempatan ini saya ingin mencoretkan sedikit untuk meluahkan yang tersirat di hati. Dalam dunia ini tiada sesiapa yang sanggup hidup bersendirian, semua makhluk inginkan teman hatta binatang dan tumbuhan sekali pun. Pertemuan dan perpisahan pula tanpa disangka dan dirancang, ia juga bukan kehendak, kita tidak dapat menghalangnya daripada berlaku. Jika telah ditakdirkan kita berjumpa dengan seseorang yang amat memahami diri kita, banyak membantu kita sama ada masa senang atau susah, banyak berkongsi dengan kita, mungkin kita tidak mahu berpisah dengannya tapi kita perlu redha dan terima ketentuanNYA, akur dengan perpisahan itu walaupun terlalu berat untuk berpisah dengannya. Begitu juga dengan diri ini. Perkenalan dengan seorang teman ketika belajar di Mesir banyak perubahan yang berlaku. Pada mulanya terasing dari kawan-kawan kerana tempat pengajian yang berbeza, kemudian bertemu dan berkenalan dengan seorang sahabat yang 2 tahun lebih tua dariku. Perkenalan yang tidak diduga ini membuahkan kemesraan diantara kami untuk terus bersahabat, dan antara sedar atau tidak banyak yang aku pelajari dari dia dari pelbagai sudut. Aku tahu ramai yang perhatikan keakraban kami, tapi aku begitu selesa bila berada disampingnya. Mungkin pada sesetengah orang kami adalah adik dan kakak angkat kerana perbezaan usia, tapi tidak kami, kami hanyalah sahabat. Pada aku, hubungan adik dan kakak angkat tidak sama dengan hubungan persahabatan, dengan adik atau kakak angkat kita tidak mungkin dapat berkongsi banyak perkara. Walaupun aku dan dia sahabat tapi dia tetap seorang kakak yang perlu aku hormati. Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menghadapi perpisahan ini, sedih dengan kehadiran situasi ini, tapi aku dapat lalui dengan tenang. Moga satu masa nanti kita dapat berjumpa semula. Ana harap hubungan persahabatan ini kekal selamanya walaupun kita berpisah beribu batu tapi kenangan tetap milik kita bersama. Mungkin pada kita tiada siapa yang dapat menggantikan tempat sahabat kita tetapi setiap apa yang berlaku telah ditentukan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya.Bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti",kita tidak dapat menafikan orangnya tetap satu tapi biarlah yang menggantikan seperti dia walaupun tidak serupa. Ramai orang berpendapat...biarpun kita ada si dia tetapi sahabat tetap penting bagi kita. Terima kasih di atas ukhuwah yang terjalin. SAHABAT BUKAN ORANG YANG SELALU BERSAMA KITA,TETAPI SENTIASA MENGINGATI KITA DALAM DOANYA, BIAR JAUH DI MATA TETAPI DEKAT DIHATI.

Wednesday, February 28, 2007

Asas kepada IBADAH ialah MATI,
Asas kepada KEMESRAAN ialah SENYUMAN,
Asas kepada PERSAHABATAN ialah KEIKHLASAN,
Asas kepada KEHIDUPAN ialah PERJUANGAN...

Sunday, January 28, 2007

Senyuman.......

SENYUM SEINDAH SURIA,
YANG MEMBAWA CAHAYA,
SENYUMLAH DARI HATI,
DUNIAMU BERSERI...

SENYUM UMPAMA TITIAN,
DALAM KEHIDUPAN,
KU TERSENYUM.......
KAU TeRSENYUM......
KEMESRAAN MENGUNTUM...

SENYUM...KEPADA SEMUA,
SENYUMANMU AMATLAH BERHARGA,
SENYUM MEMBAHAGIAKAN,
DENGAN SENYUMAN TERJALINLAH....IKATAN.....


Senyum sesuatu yang subjektif dan sangat berharga.Kadang-kala hanya dengan senyuman seseorang mempunyai ramai kawan...kadang-kala senyuman salah digunakan dan ditafsirkan.
Ramai yang tahu terdapat pelbagai jenis senyuman.....senyum sumbing, senyum sinis, senyum perli, ada jugak senyum mengada....betul atau tidak? tetapi senyuman yang selalu diinginkan... ialah senyuman ikhlas dari hati....senyuman ini cukup bermakna.....dengan senyuman inilah biasanya akan terjalin satu ikatan persahabatan secara disengajakan atau tidak.

Tetapi insan hari ini berbeza...selalu sahaja bermasam muka...dengan bermasam muka... sehingga ada yang mengatakan orang selalu merajuk, bermasam muka cepat tua mungkin kerana ketika bermasam muka...otot muka byk digunakan, tetapi bila kita senyum...hanya sedikit otot muka digunakan, dan ramai yang mengakui dengan senyuman boleh menjadikan kita awet muda....ini mungkin kaedah sains,saya pun kurang pasti.

Konsep senyuman yang cuba diketengahkan di sini kerana jarang kedapatan senyuman melainkan apabila jumpa orang yang dikenali sahaja.Sebenarnya kadang-kadang dengan muka yang masam, orang pun takut nak tegur, dari sini kemungkinan boleh terjadi hilang kawan, kerana dari bermasam muka, mungkin akan terjadi pertengkaran, dan akhirnya tidak bertegur sapa. Seperti kata seorang kenalan "muka masam mencuka, kawan-kawan pun lari". Ada yang mengatakan, pada dia, dengan cara begitu...dia tidak rugi apa-apa, tapi dia silap, jika tidak diubah, mungkin akan terjadi, dia akan hilang ukhwah. Tiada siapa yang berani mendekati insan yang selalu bermasam muka. Bila bermanis muka, segala urusan yang dilakukan, akan menjadi mudah dan berjalan lancar..insyaAllah. Jadi, ingatlah kata-kata yang selalu digunakan ini..."KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN...TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN"

Sunday, December 24, 2006

"AL-AZHAR-PERIKSA SEKALI JE 1 SEM"

Sudah setahun lebih saya tinggal di bumi Mesir,banyak perkara yang berlaku selama permukiman di sini.Tidak lama lagi peperiksaan untuk fasa pertama akan bermula,Insya Allah selepas sambutan Hari Raya Haji,bagi akhawat mansura.Sekarang berlangsung peperiksaan tahaluf.Insya Allah semua memperoleh nusrullah dan kejayaan.
Beberapa malam lepas,saya pergi ke rumah seorang kakak tahun 3 Syariah.Bangunan yang saya duduki semua didiami oleh Pelajar Malaysia,Akhawat.Sambil berbual dengan dia,saya membaca kalam taujihad yang terdapat di ruang belajar biliknya.Semasa saya bertanya tentang satu kalam taujihad...bukan tak pernah dengar kalam tu tapi kurang faham dengan tulisannya, kakak tersebut menunjukkan satu kalam taujihad lain.Kalam taujihad yang diberitahu tu memang tak pernah lagi kami dengar,kata-katanya ringkas tapi mempunyai maksud yang dalam jika dipikir-pikirkan.
"PERIKSA SEKALI JE 1 SEM...",pasti ada yang faham maksud kalam ni kan?...dan mungkin juga ada yang x faham.Masa pertama kali baca dan dengar pun saya tidak faham,tapi bila dah diulang-ulang baca dengan tambahan penerangan dari dia,Alhamdulillah saya dapat faham. Rupanya ia nak menyedarkan kita...nak kita rajin belajar...sebab setiap satu pelajaran yang kita belajar hanya sekali sahaja periksa dalam satu semester dan satu tahun...kerana itu DPMM ada mengeluarkan satu kalam yang berbunyi "LEKA SESAAT RUGI SETAHUN...".Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini."MOGA-MOGA KITA SEMUA MEMPEROLEH NUSRULLAH DALAM MEMPELAJARI,MENDALAMI,MENYEBAR DAN MENEGAKKAN DINULLAH... AMIN YA RABBAL AL-AMIN..."

Wednesday, October 18, 2006

Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.Lagi beberapa hari bulan syawal menjelma.Alhamdulillah Ramadhan tahun ini amat bermakna dari tahun lepas kerana dapat mengisi masa dengan sebaiknya walaupun tidak sepenuhnya dan terpaksa berhadapan dengan beberapa keadaan yang agak menyedihkan,tetapi aku tahu itu ujian Allah untuk hambanya dan InsyaAllah ada rahmat yang tersembunyi disebaliknya.

Sudah dua tahun aku merasai berpuasa di perantauan,di sebuah negara Arab.Suasana memang berbeza dengan malaysia.Rakyat memuliakan Bulan Ramadhan selaku bulan keampunan dan bulan yang penuh barakah,kerananya tidak hairanlah jika bulan Ramadhan selalu dinantikan oleh sebilangan orang yang memahami dan mengetahui fadhilatnya.Sepuluh malam akhir biasa dinantikan kerana di sana terdapat ganjaran tersendiri yang ternyata ramai menginginkannya.

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang disedari atau tidak kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutama kepada hanim,k.saliza, k.maz,azmidar dan k.izzah yang sudah pulang ke tanahair(maaf juga kepada nama-nama yang tudakdisebutkan di sini).Semoga kita sama berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Wednesday, September 27, 2006

Aku mengamati semua sahabat dan tak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah,aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa,aku merenungkan segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik,aku mencari segala bentuk rezeki tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

(UMAR BIN KHATTAB)